| Mahlida Khumaira |
Muah
Foto Selanjutnya ...
Nama Tanpa Rupa
Hanya nama tanpa suara,
Senyuman wajah tidak berupa,
Tidakku kenal gerangan dirinya,
Tidak terlihat pandangan mata.
Sungguh lemahnya panca indera,
Tidak terlihat tanpa izinNya,
Tidakku kenal siapa dirinya,
Tidak terlukis illusi wajahnya.
Kubiarkan diri berteka-teki,
Kubiarkan dia mencari-cari,
Walaupun hati terpaut kini,
Tetapku biarkan tidak berisi.
Bukan hendak menjauhkan diri,
Jauh sekali hendak bersembunyi,
Hanya ingin menjaga hati,
Agar tidak terluka lagi.
Rasa rindu meraja di jiwa,
Rasa sayang bertandang semula,
Rasa hati lafas tiada,
Bibir terkunci tanpa suara.
Biarlah segalanya menjadi misteri,
Lebih baik tidakku ketahui,
Lebih tenang keadaan begini,
Bertemu tidak terasa di hati.
Sayangi manusia bermacam cara,
Sayangi Allah jgn dilupa,
Sayangi manusia masa berada,
Sayangi Allah syurga tempatnya.
Dunia dicipta berwarna-warni,
Berbagai manusia dihantar mengisi,
Terlalu banyak pilihan diberi,
Sehingga kenikmataan sering mengaburi.
Hati mendamba keindahan syurga,
Hati merindu bertemu yang Esa,
Berbagai cara untuk mengecapinya,
Walaupun sering tersalah langkahnya.
Keindahan maya hanya sementara,
Keindahan syurga tiada tandingannya,
Jika syurga di hati sentiasa,
Mengapa melangkah jauh darinya.
Jangan ditanya rasa hati,
Jangan disoal arah naluri,
Cinta bertandang tidak diketahui,
Membuat hati berbunga berseri.
Mengapa dilafaz kata cinta,
Usah diluah kata suka,
Kalau pernikahan bukan pengakhirannya,
Ianya hanya membuang masa.
Dirimu ingin aku lindungi,
Kerana terlalu merasa cinta,
Walaupun baru aku kenali,
Walaupun hanya barang seketika.
Seandainya dapat engkau rasai,
Segenap naluri di dalam hati,
Mungkin dirimu akan menangisi,
Betapa ikhlasnya diri ini.
Tidakku kesal perkenalan ini,
Tidak ingin aku mengakhiri,
Selagi boleh aku melindungi,
Akanku lakukan seikhlas hati.
Sahaja Aku Mencintaimu
Wahai bakal pemilik hatiku...
Wahai bakal imam rohaniku...
Di manakah gerangan dirimu...
Hatiku sunyi tanpa kehadiranmu...
Sesungguhnya hatimu tempat berlindungku...
Sesungguhnya dikau imam arah tuju hatiku...
Jangan biarkanku menanggung rindu...
Dibuai kekosongan hidup tanpamu...
Allah belum menghantarkan kiriman...
Bingkisan hadiah suami idaman...
Masih kosong sunyi halaman...
Tiada senda tawa gurauan...
Janji Allah itu pasti....
Walaupun masih belum diberi...
Jika tidak di duniawi,
Mungkin tersedia nanti di syurgawi.
Ibu
Bermula rahim roh ditiupi,
Dirimu adalah pilihan Illahi,
Dirimu sempurna untuk diri ini,
Kekata indah tiada pengganti.
Wahai ibu sanjungan hati,
Dirimu sangat aku hargai,
Walaupun terkadang tidakku lahiri,
Walaupun terkadang kelakuanku menyakiti.
Hanya dirimu sedia memaafi,
Setiap kesalahan tingkah laku,
Terima kasih kerana memahami,
Tidak terbalas segala jasamu.
Darjatmu Ibu sangat tinggi,
Murkanya dirimu murkanya Illahi,
Dekat di mata dekat di hati,
Terima kasih kerana mengasihi.
Hendakku lihat senyumanmu berseri,
Setiap hari tak kering gusi,
Semoga dirimu dilindungi Illahi,
Dikurniakan syurga terbaik Illahi.