Rabu, 02 Agustus 2017

Bidadari Orang Sunda Pohaci

Foto Selanjutnya ...

Ibu

Bermula rahim roh ditiupi,
Dirimu adalah pilihan Illahi,
Dirimu sempurna untuk diri ini,
Kekata indah tiada pengganti.

Wahai ibu sanjungan hati,
Dirimu sangat aku hargai,
Walaupun terkadang tidakku lahiri,
Walaupun terkadang kelakuanku menyakiti.

Hanya dirimu sedia memaafi,
Setiap kesalahan tingkah laku,
Terima kasih kerana memahami,
Tidak terbalas segala jasamu.

Darjatmu Ibu sangat tinggi,
Murkanya dirimu murkanya Illahi,
Dekat di mata dekat di hati,
Terima kasih kerana mengasihi.

Hendakku lihat senyumanmu berseri,
Setiap hari tak kering gusi,
Semoga dirimu dilindungi Illahi,
Dikurniakan syurga terbaik Illahi.